Wednesday, 7 December 2011

IMC Strategies


IMC (Integrated Marketing Communication) Strategies


Sendayu Tinggi (ST) membuat pengiklanan secara mingguan di dalam akhbar-akhbar Melayu dan juga majalah-majalah mingguan wanita seperti Rapi dan Mingguan Wanita. Selain itu, ST juga membayar iklan komersial yang disiarkan di stesen-stesen TV tempatan dan turut menaja program-program wanita seperti Anggun Ayu (Musim 1 dan 2, juga terdapat dalam bentuk CD) melalui siaran percuma TV3.

Pengiklanan produk juga merangkumi dalam bentuk grafik secara out-of-home seperti 'bunting', iklan pada stesyen-stesyen LRT STAR, dan papan-papan tanda di sepanjang jalan besar mahupun kecil serta laluan-laluan keretapi sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu ST juga menggunakan "direct marketing" dan masih di bawah garis pengiklanan mereka hasilkan beg kertas, katalog produk, latarbelakang (backdrops) untuk setiap majlis yang yang ST anjurkan (majlis pelancaran produk, majlis amal, road shows, bengkel) dan gerai-gerai pameran di pameran barang-barang dagangan dan perusahaan (tempatan dan antarabangsa).




.

Branding Initiatives


Penjenamaan "Sendayu Tinggi" adalah berakar umbikan dari "warisan turun temurun". Puan Rozita memilih warna merah dan kuning sebagai warna asas logo ST yang digambarkan melalui sekuntum bunga liar yang berbingkai. Walaubagaimanapun, beliau cenderung untuk menggunakan warna hijau yang pelbagai "shading", dari cair ke pekat, untuk menimbulkan persona, serta memerangkap aura semulajadi ke dalam jenamanya.

Seperti juga kebanyakan jenama kosmetik Melayu yang lain, Rozita adalah duta merangkap kunci utama kepada Sendayu Tinggi. Walaubagaimanapun, anak sulungnya yang berumur dalam 20-an telah menjadi "wajah" Sendayu Tinggi bilamana wajah beserta rambut "salon-styled"nya seringkali digunakan dalam pengiklanan produk Sendayu Tinggi.

.

Wednesday, 16 November 2011

Marketing Strategies


Hanya dalam masa 5 tahun kemunculannya di persada perniagaan kosmetik tempatan, Sendayu Tinggi telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa menerusi negara-negara seperti Singapura, Brunei, dan Myanmar, malahan produknya juga turut dipasarkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE)/Dubai, dan Australia. Sendayu Tinggi sekarang telah mempunyai lebih daripada 2000 stokis berdaftar di serata negara termasuk Brunei dan Singapura.

Stor jualannya di Kuala Lumpur (Jalan Tuanku Abdul Rahman, berhadapan Maju Junction) adalah mercu tanda kepada jenamanya yang sofistikated dan bermutu tinggi, layaknya seperti signature salon dari Elizabeth Arden's Red Door.

Walau imej jenama Sendayu Tinggi adalah berdasarkan ubatan herba, namun pendekatannya dalam dunia pemasaran adalah sangat inovatif dan kontemporari.

Selain website http://sendayutinggi.com/, syarikat ST juga menggunakan khidmat pesanan mesej ringkas melalui SMS Interaktif Sendayu Tinggi. Bagi menimbulkan kesedaran, penghargaan, serta tarikan terhadap jenamanya pula, ST menggunakan IMC (Integrated Marketing Communication) seperti pengiklanan, jualan lansung (direct selling), jualan persendirian (personal selling), dan publisiti.


.